services-hero-image

Siri-siri

ORTOTIK Sol
KAEDAH BUATAN JERMAN

Yang Ditempah Khas

Ortotik sol merupakan pilihan yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan kesakitan, mendapatkan keselesaan, atau menetapkan semula postur badan mereka. Tempah janji temu sekarang dan jalani ujian kaki, postur dan gaya berjalan untuk menentukan bagaimana ortotik sol dapat memberi manfaat kepada anda.

Bagaimana Kami Membantu anda

MENINGKATKAN PRESTASI ANDA?

Kami adalah pakar ortotik kaki (sol) yang berkelayakan untuk membantu anda memperbaiki keadaan kaki dan postur badan anda.

Profil Biomekanik

Kami menilai keadaan anda dan menentukan cara penyelesaian yang terbaik untuk anda menggunakan analisis gaya klinikal 3D yang terkini dan pengukuran tekanan kaki.

computer-set-image
multiple-pairs-sole-image

Ortotik Sol Yang Ditempah Khas

Kami menghasilkan sol yang ditempah khas untuk anda berdasarkan profil biomekanik dan imbasan kaki 3D anda.

Ortotik Sol Kaedah Buatan Jerman Yang Dilengkapi Dengan Teknologi Terkini

Rangkaian produk unik kami berdasarkan ortotik kaki buatan Jerman yang inovatif.

tablet-image
certification-sole-image-final

Kepakaran

Pasukan kami merangkumi Pakar Prostetik dan Ortotik Bersijil (CPO) Jerman yang berpengalaman secara klinikal (CPO) ISPO CAT 1* dan bersedia untuk memberikan nasihat dan sokongan pakar.

Mengapa Anda Perlu Mempertimbangkan Ortotik Sol Kaedah Buatan Jerman Yang Ditempah Khas?

Berbekalkan pengalaman lebih dari 27 tahun dalam bidang ini, kami adalah pilihan yang terbaik untuk membantu mengurangkan kesakitan anda semasa melakukan pergerakkan.

Work Station 1
Bergerak Lebih Cepat & Lebih Mudah

Ia merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada kaki, lutut, pinggul dan sakit belakang. Dengan rasa sakit yang berkurangan, pergerakkan anda akan menjadi lebih cepat dan lebih mudah.

Support Your Body
Membantu Menyokong Badan Anda

Gaya hidup, usia dan keadaan kesihatan boleh mengubah postur badan anda dan ini mungkin menyebabkan kesakitan. Ortotik kaki (sol) dapat membantu untuk mempengaruhi postur badan anda, lantas mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan.

Protects Your Body From Future Injuries
Lindungi Tubuh Anda Dari Kecederaan Masa Depan

Dengan mengatur semula postur badan anda, akan dapat mengurangkan tekanan pada kaki, pergelangan kaki, lutut, pinggul, dan lain-lain bagi mengelakkan masalah keradangan sendi dan ortopedik yang menyakitkan.

previous arrow
next arrow

5 Langkah Mudah

Untuk Mengatasi Kesakitan Anda

Kurangkan rasa tidak selesa dengan ortotik sol kaedah buatan Jerman yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

Tempah Janji Temu Bersama Kami

Pakai pakaian yang ketat, tidak berwarna hitam, dan bawa kasut yang sering digunakan.

Konsultasi

Kami akan menjelaskan keadaan anda, masalah yang menyebabkannya dan mengesyorkan cara penyelesaian yang terbaik untuk anda.

Datang Untuk Pemadanan & Nikmati Gaya Hidup Yang Lebih Bermakna

Sol yang ditempah khas akan disiapkan dalam masa 14 hari bekerja dan analisis gaya berjalan akan dilakukan sekali lagi untuk perbandingan.

Pemeriksaan

Kami akan membuat profil biomekanik peribadi anda dan melakukan analisis gaya klinikal 3D, pengukuran tekanan kaki dan imbasan 3D untuk menilai keadaan anda.

Kami Membuat Sol Yang Ditempah Khas Untuk Anda

Sekiranya anda disyorkan untuk menggunakan sol, kami akan menggunakan imbasan 3D, pengukuran tekanan kaki dan profil biomekanikal peribadi anda untuk menghasilkan sol yang ditempah khas untuk anda.

Mengapa Anda Perlu Mempertimbangkan Ortotik Sol Kaedah Buatan Jerman Yang Ditempah Khas?

Berbekalkan pengalaman lebih dari 27 tahun dalam bidang ini, kami adalah pilihan yang terbaik untuk membantu mengurangkan kesakitan anda semasa melakukan pergerakkan.