KAMI MELEGAKAN
KESAKITAN YANG ANDA ALAMI
SEKARANG
DENGAN MEMBETULKAN
POSTUR ANDA YANG BERKESAN


Misi Kami
Membolehkan anda bergerak dengan lebih baik dan memulihkan postur anda dengan menggunakan ortotik sols keadah buatan Jerman yang dilengkapi dengan teknologi terkini.
Latar Belakang Kami
Pengasas Wonderwalk, Jolene, mengalami sakit belakang yang teruk kerana postur dan skoliosisnya. Kesakitannya dirawati dengan menggunakan pendekatan ortotik sols kaedah buatan Jerman ketika berpindah ke Eropah pada tahun 2012.


Pendekatan ortotik sols menggunakan teknik penilaian postur badan sebelum rawatan telah memberi kesan yang baik pada postur dan kualiti hidupnya.
Pada tahun 2017, Jolene menyedari tidak banyak perniagaan ortotik sols di Malaysia yang mengutamakan penilaian postur badan. Oleh itu, dia meyakinkan Benjamin, untuk berpindah ke Pulau Pinang untuk memulakan perniagaan menggunakan pendekatan ini.
Bjørn Andreas Benjamin Peikert (Benjamin) yang merupakan pakar Prostetik dan Ortotik Bersijil (CPO) ISPO CAT 1 yang terlatih di Jerman, mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam bidang Prostetik dan Ortotik (P&O). Dulu, dia memimpin dan melatih pasukan CPOs dan juruteknik ortopedik di Blatchford Ortopedi, Norway. Dia bersetuju untuk memulakan Wonderwalk di Pulau Pinang untuk membantu mereka yang ingin meningkatkan kualiti hidup menggunakan pendekatan Jerman tersebut.
Kini, Wonderwalk maju ke hadapan dalam usaha merawat kecederaan muskuloskeletal, ketidakseimbangan otot, ketidakseimbangan postur dan kecacatan kaki dengan sol ortotik kaki yang ditempah khas, latihan yang direka khas dan alat latihan yang berkualiti.
Komitmen Kami

Mempunyai pengalaman melebihi 27 tahun dalam bidang Prostetik dan Ortotik (P&O) di Malaysia, Norway dan Jerman.

Data utama diekstrak dengan mengukur gaya berjalan secara saintifik menggunakan analisis gaya berjalan klinikal 3D, imbasan kaki 3D dan pengukuran tekanan kaki.

Kami komited untuk menyediakan pendekatan ortotik sols kaedah buatan Jerman yang ditempah khas untuk anda.
Inginkah Anda Berjalan Seperti Biasa Tanpa Berasa Sakit?
Kombinasi kasut dan ortotik sol yang betul boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda, memberi sokongan yang secukupnya, atau mengatur semula postur badan anda. Hubungi kami SEKARANG untuk maklumat lanjut.